Komunikasi di dalam rumahtangga

by - February 16, 2016


Al-kisahnya, saya dikenali sebagai seorang yang pendiam dan tidak banyak berkata-kata apabila ia berkaitan dengan perasaan. Nisa lebih suka memendam dan mendiamkan diri. To some people, ia adalah satu kelemahan yang ada pada diri Nisa, yang patut dikikis. But to me, it does help me to overcome any arguments, so tidak lah pergaduhan meleret sampai bermasam muka and tidak bertegur sapa. Ke... pemikiran saya ni salah? Berbeza pula dengan peribadi bakal suami Nisa. Ternyata, dia lebih berterus-terang dan tegas, cakap apa sahaja yang dia tidak puas hati sekiranya ada masalah-masalah tertentu yang berlaku. Lebih mudah Nisa belajar tentang dirinya, lebih mudah Nisa mengenali peribadinya. Malah, sewaktu dalam proses pernikahan ni pon, beberapa kali dia menegur sikap Nisa yang kurang disenanginya dan perlu diperbaiki. Tengok! Sebelum kahwin dah kena tegur macam-macam... sanggup ke nak jadi isteri?

Sanggup, inshaAllah...

Tidak pula dengan Nisa. Suka ke, atau tak suka ke - Nisa lebih banyak mendiamkan diri. Ada perkara yang susah untuk diungkap. Nak meluahkan secara bijak, tak pandai. Al-maklumlah, sesetengah lelaki tak dapat nak menyambung kabel printer pada minda untuk mencetak bahasa jiwa dan buah fikir Nisa, hiks! When that happens, silent treatment is the only way. Nisa sanggup menjaga hati insan yang mendengar, sanggup simpan kata-kata sebab Nisa rasa okay saja untuk teruskan kehidupan tanpa membicarakannya. Nisa sanggup mendiamkan diri jika mudarat lebih banyak daripada manfaat.

Seawal hubungan kami pon sudah Nisa memberi 'amaran' that I am naturally taciturn and an attentive listener. And so far, he is okay with that (well, that is what I thought...). Belajar komunikasi, bagi Nisa sangatlah susah. Mungkinkah ini disebabkan oleh budaya orang Melayu atau adakah faktor didikan keluarga? Nisa sendiri pon tak tahu. Seriously, I used to feel a little angry with myself for letting this bother me - for being so quiet. Nisa tak biasa bercakap benda-benda yang lalai. Actually, semua orang boleh bercakap, tapi... siapa yang mampu bercakap dengan perkataan dan cara yang baik seperti yang ditarbiyyah Rasulullah s.a.w.?

Sejujurnya, Nisa memang ada keinginan untuk menggilap kemahiran komunikasi, just for the sake of our relationship. Bak kata orang, pentingnya ilmu komunikasi di dalam menceriakan dan mengharmonikan hubungan suami isteri. Nisa akui kesilapan dan kelemahan diri, rendah hati untuk belajar, dengan syarat... bakal suami Nisa dan orang sekeliling dapat memahami dan membantu, dan always sedia dan sentiasa berubah ke arah kebaikan. Yelah, dengan komunikasilah  dapat memahami hati budi seseorang tu. Tak mengenali, mana mungkin menyayangi. Tak memahami, mana mungkin menghormati.

Wahai isteri/perempuan, jangan expect suami/pasangan kita faham dan empati kita yang masih bersedih dengan kisah gaduh yang dua tiga minggu yang lepas. Fikiran perempuan ni ada yang masih ulang tayang konflik lama. Benda yang si suami/pasangan rasa benda yang lepas (forgive and forget), jangan dikenang lagi pon masih segar di ingatan sang isteri. Nanti mulalah muka masam mencuka sebab si isteri rasa tidak difahami, si suami/pasangan pula tak faham kenapa muka monyok dan tak bersemangat.

Wahai suami, perempuan memang suka bersembang perkara yang sama berulang kali, sampai rasa lega dan puas hati. Sebab itulah, isteri wajib ada beberapa kawan perempuan yang rapat dengannya walaupun selepas berkahwin, untuk jadi teman sembang sepuas hati :D Kenapa? Sebab seorang lelaki tidak dicipta secara psychologically untuk cerita atau mendengar hal berkaitan perasaan 24 jam sehari. Kesianlah pada mereka... Bersembang pon bersembang juga, tapi jangan pula bercerita perihal keaiban orang, okay? Dan wahai lelaki, sewaktu isteri melancarkan pemboikotan, janganlah pula mengalu-alukan kehadiran 'orang ketiga'. Pantang perempuan lain melayan suami dengan baik sedikit je, samada di ofis, bertentang mata ketika di luar, atau chatting di laman sosial... mulalah meresap ke jiwa. Syaitan laknatullah kan suka menghangatkan konflik. Paling suka syaitan bila pergaduhan membawa kepada penceraian.

So, kesimpulannya... berkomunikasilah kerana Allah. Belajarlah untuk berkomunikasi, Nisa. Semoga ia membawa kepada pintu penyelesaian dan kebaikan.

PS: To my kesayangan... I'm still learning. So, please support me. Sekiranya I'm in silent treatment, panggil lah Nisa. Pandanglah diri ini dengan lembut dan penuh kasih sayang. Pintalah untuk lebih open up to you. Maybe dengan cara itu, Nisa lembut hati untuk berkongsi...
Image via Google

You May Also Like

20 comments

  1. Assalamualaikum nisa
    Tq sudi dtgn komen kat blog knor yg picisan sgt..alahai nisa..knor baca n3 ni sampai habis tau..terharu pun ada..takpe bila dh biasa nti oklah tu...ada stghnya kurang berckp tu lbih baik dr byk berckp..diam tu emas kta orang...biar lh kita diam asal kita pndai buat perkara2 yg menyenangkn hati suami...tapi klu suami buat lawak jgn serius sgt,tak nak gelak pun buat2 gelak juga..klu suamiajak sembang kita menyampuklah sikit. ? Konon2 nak tahu padahal tak nak tahu punn..hihi..tipu sunat...ada ke tipu sunat..? Janji kita ada respon..taklah suami ckp sorang2...ok nisa..

    ReplyDelete
  2. muja dengan my husband pula terbalik... dia mmg pendiam.. and i know he works hard to be more talkative when he is with me.. his effort tu pun dah rasa disayangi sangat dah... slowly kita adapt and adoptlah dengan partner.. insya Allah. :D

    ReplyDelete
  3. As Salam Nisa. :) Yer, saya dengan suami lain pulak ceritanya. Dia lebih suka memendam perasaan jika ada masalah. Saya sebagai isteri selalu bertanya kenapa dan kenapa jika dia ada masalah. Suami saya juga seorang yang bukan panas baran. Memang beza masa kami sebelum bernikah. Yang dulunya panas baran, sekarang tidak lagi. Nak tengok dia marah pun memang susa, sampaikan ada benda yang saya buat salah, dia diam jerk. Kita pulak yang pelik. Tapi contra with my personality, :) Saya pulak kalau bercakap kalau ada dekat kepala saya akan cakaaaap jerk. Tu lah kekadang, sebelum bernikah lain, dah bernikah lain pulak cara nya. Yang penting kena banyak memahami antara 1 sama lain. :)

    ReplyDelete
  4. Kadang kita diam dan simpan sebab untuk mengawal keadaan...untuk sentiasa berada dalan situasi harmoni..betul...untuk perlu buat kita bercakap..orang lain perlu pandai dan tahu bagaimana caranya untuk kita berlapang hati untuk berkongsi..

    ReplyDelete
  5. ada benar juga yg nisa cerita nie . . memang betul , wife nie . . cerita yg lama pon masih segar dalam ingatan , tapi bagi husband pula , dah tak de apa dah yg lama lama tu . . fokus yg sekarang je . .

    ReplyDelete
  6. saya pon sangat pendiam juga ;)
    sebab tue saya tak ramai kawan sangat ... so kawanlah dengan saya

    ReplyDelete
  7. Communication in a relationship is a main thing...=) Apa pun semua benda blh bincang elok elok kan. Macam aina, silent treatment turn on sbb kita xnak la berperang mulut. Kalau aina diam tu tanda nya tgh marah... huhuhuhu.

    ReplyDelete
  8. nice sharing
    komunikasi mmg penting dalam alam rumahtangga
    salah komunikasi teruk juga nanti :)

    ReplyDelete
  9. Nisa sy pun baca entry Nisa dgn penuh khusuk.. Dlm alam rumahtangga mmg sentiasa belajar perkara baru.. Perlu ada tolak ansur & sentiasa sabar. Kdg2 perlu terus terang agar tak memendam rasa / dendam. Bila marah semua keluar / ungkit.. Sentiasa perbaiki diri / belajar walaupun dah lbh 10 thn nikah.

    ReplyDelete
  10. Oh menarik & tertarik dengan entry ni.. Pentingnya Komunikasi yang betul diantara pasangan dapat mengelakkan berlakunya perkara seperti menyimpan dendam yang akhirnya sampai berlaku perkara yang tidak diingini. Satu masalah dengan Budaya kita ialah apabila kita tidak meluahkan sesuatu di buah fikiran kita, yang mana kita pula yang menjadi STRESS dengan menyimpan masalah tersebut.
    (Bercakap seolah-olah seorang pakar pula)

    ReplyDelete
  11. sy ni nak kata pendiam sangat tak jgk sbb dgn org yg biasa dgn kita ok je..tp bab feeling dgn sendirinya xreti nak bukak mulut.. dan bila revise2 blik kan sebenarnya org mcm kita ni xreti komunikasi tu yg jatuh dlm kategori pendiam tu... so sama2 kita improvekan communication skill..xsenang tapi kena cuba..

    ReplyDelete
  12. setuju sepenuhnya
    dalam berumahtangga semua bermula dengan komunikasi
    komunikasi dgn baik pasti semua akan berjalan lancar walapun dalam dugaan mendtang :)

    ReplyDelete
  13. ada betul tu kan :)
    saya seorang pendiam, tp dengan husband pot pet je..bagi saya husband ni adalah bestfren saya..hehe..saya selesa kongsi semua dengan dia..
    Tapi, memang betul, kalau ada tak puas hati kena cakap terus. Laki ni tak faham! huhu~

    ReplyDelete
  14. yes, perempuan memang kena ada geng sesama perempuan untuk dijadikan tempat meluahkan perasaan. Lelaki susah nak cari yg faham. Apapun good luck Nisa :)

    ReplyDelete
  15. Memang manusia ni dicipta pelbagai sikap dan personaliti.sbb tu org kata biar pasangan kita ni kontra sikapnya dengan kita.

    Tak ada salahnya kurang bercakap.Memendam tu pun kekadang perlu utk kebaikan..Asalkan tak memudaratkan diri it is ok..Sebenarnya berkaitan perasaan ni mula2 kawen kita memang selalu fikir..tak puas hati simpan..memangis sorg diri mengenangkan nasib.memang begitu kan perempuan.orang lelaki ni dia relex je.bg mereka past is past.kita pmpuan ni yg suka mengungkit..paatu sedih sendiri.haha

    lama2 semakin meningkat usia perkahwinan kita jadi tak kisah..perasaan tak puas hati klu dipendam merana diri..lgpun semakin lama kita mengenal lasangan semakin kita tahu nak mengawal perasaan marah dan tak puas hati...

    melalui pengalaman 10tahun perkahwinan sy la..org lain sy tak tahu.hihi

    ReplyDelete
  16. Semoga anda suami isteri kekal hingga ke akhir hayat

    ReplyDelete
  17. I love your entry. Mya pun jenis yang pendiam, selagi tak ada orang tegur. Mya tak akan buka mulut walaupun hati dah sakit.

    ReplyDelete
  18. Mula mula baca entri ni tadi pelik jugak. Entri sebelum ni tadi mcm dah beranak tp kenapa 'bakal suami' rupanya tahun lepas punya entri hihi....

    Manusia ni kan berbeza beza pendiriannya. Kalau hakak lebih suka meluahkan biar orang tu tahu apa yg kita tak puas hati hihi...

    ReplyDelete

Home