Solat tiang agama

by - November 23, 2015


Wahai empunya diri dan kekasih hati, dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu adalah tiang agama. Bagaimana tiang rumahtangga nak tertegak kalau solat pun goyah. Buktikan yang diri kita ini sayangkan Allah SWT, bukan sayangkan harta dunia semata-mata. Pada hakikatnya, solat itu adalah urusan ketenteraman jiwa dan hasil daripadanya adalah keluhuran budi dan pembentukan peribadi yang mencetuskan ketenangan, puncak segala kejayaan dan petanda kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Jagalah solat di dalam kehidupan harian kita, walau sesibuk mana sekalipun, solat jangan sesekali kita tinggalkan dengan sengaja, ya sayang. Perkahwinan juga bukanlah perkara yang mudah. Kita kena sentiasa mempersiapkan diri dan dalam banyak-banyak persediaan untuk menempuh alam perkahwinan, persediaan dari segi agama/solat adalah yang paling wajib. 

Mahu pasangan kalian berubah? Mungkin dengan cara percakapan tak masuk akal; masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Mungkin cara percakapan kita salah bagi dia. Maka, berdoalah... Sayang dia, kan? Then jadikanlah perasaan sayang tu sebagai motif utama untuk kita berdoa dan terus mendidik pasangan kita. Jangan berhenti berdoa setiap kali kita solat dan di mana saja kalian berada dengan harapan Allah SWT bukakan hatinya untuk berubah menjadi seorang hamba Allah yang soleh/solehah. Sama-samalah kita mendidik diri masing-masing. Kekurangan awak kelebihan saya, kelebihan awak kekurangan saya. Ikhlaskan hati nak pujuk, pupuk kasih sayang untuk mendidik kekasih hati kita.


Jangan putus asa dalam mendidik orang yang kita sayang. Bila sudah putus asa, bagaimana pula ingin mendidik suami/isteri - seorang manusia yang setiap hari kita berjumpa, tidur sebantal, sekatil? Yang dididik pula, sampai bila ingin syaitan menguasai diri? (pesanan ini khas buat diriku, seorang manusia yang sentiasa lalai dan alpa...)

Maka, dengan itu, pilihlah teman hidup yang soleh/solehah. Yang tidak mengheret kamu jauh dari Allah SWT bila-bila masa. Pilihlah teman hidup yang berpegang pada janji dan ikhlas. Takdir itukan adalah ketentuan-Nya. Berusaha sebaik mungkin untuk berpegang pada janji untuk menjaga hubungan. Sekiranya janji tidak boleh ditepati selepas berusaha bersungguh-sungguh, maka itu dipanggil takdir Allah. Cubalah dan pupuklah diri untuk menjadi lebih baik, can you?

Perkahwinan pun adalah satu ibadat, janganlah calarkan ia dengan meninggalkan tiang agama. Jadikanlah hari perkahwinan kita dan hari-hari seterusnya yang paling indah; yang diberkati oleh Allah SWT.

"Solat itu tiang agama. Perkahwinan itu rumahtangga. Kalau solat pun tak dijaga, macam mana nak jaga isteri kita. Bina tiang dulu, barulah tangga..." - Zafierul Syaqir

 Ciri-ciri suami/isteri pilihan: link
Image via Google

You May Also Like

3 comments

  1. insya Allah.. sama-samalah kita usaha setiap hari.. moga solat kita bertambah sempurna setiap kali kita mengerjakannya.. dan pasangan kita mampu jadikan kita Muslim yang lebih baik.. amiin

    ReplyDelete
  2. Truth. :) Solat adalah tiang agama. Jika tiada tiang, maka runtuhlah kehidupan kita. Jika dosa terbentang luas nampak dek mata kasar kita, sudah tentu orang susah nak meninggalkan solat kan.

    ReplyDelete
  3. betul, tak solat, pincanglah agama dalam diri.
    solat merupakan ibadah pertama yang dihisab.

    ReplyDelete

Home