Cinta sudah berputik

by - October 03, 2015


Assalamualaykum, peeps 

Lama rasanya tak mengemaskini blog yang ditinggalkan sekian lama atas sebab kekangan masa. Kerja sebagai seorang 'scientist', bak kata Dr. Navin, one of our pathologists in the laboratory bukannya mudah. "You are a scientist. You have to act like one!", katanya. Maka dengan itu, hidup mati kami hanyalah untuk berkhidmat untuk negara. Saya masih ingat bagaimana pada mulanya, saya berasa amat sukar untuk membaca agar plates bakteria yang sudah diinkubasi. Bayangkan, saya perlu membaca berpuluh-puluh agar plates pesakit (ada yang kronik dan ada pesakit outpatient) sedangkan pada saat itu saya belum cukup mahir. Mujur ada rakan sekerja yang lebih senior membantu, lebih-lebih lagi dalam aspek klinikal. Betul apa yang selama ini mereka katakan, pengalaman memang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit tetapi kita hanya perlu mempraktikkan dan sentiasa melakukan supaya kita mahir. Kerja dalam makmal memang memerlukan kesabaran, kecekalan, kekuatan mental fizikal dan yang paling penting kehebatan dalam mengagihkan masa. Bagi yang sudah berkeluarga, tentunya akan memberi lebih banyak cabaran... Ramai saja rakan-rakan yang sudah mula berhenti kerja, sama ada mencari kerja baru ataupun bekerja sendiri. Itulah kehidupan bekerjaya. Masing-masing punya perancangan yang teliti. Setiap hari saya berdoa agar dapat melalui hari-hari saya sebagai seorang ahli mikrobiologi dengan jayanya. Saya sudah pon menjadi tunangan orang. Dalam beberapa bulan lagi akan diijabkabulkan dengan kekasih pilihan hati saya. Harap saya cukup kuat dari pelbagai aspek dalam mengharungi cabaran dan dugaan kelak.

Eh, teremosi pasal kerja pula. Sebenarnya... motif entri kali ini nak menulis tentang diri saya dan buah hati yang sudah pon menjadi tunangku. Alhamdulillah, proses perkenalan kami yang singkat telah membawa kami ke tahap ini. Siapa sangka pada saat hati yang sudah hampir-hampir putus asa, dia datang. Entah kenapa pada hari pertama berkenalan dengannya, hati sangat tenang. Terbuka hati untuk bersembang dan berbincang perihal kerja dan peribadi (seingat saya)... almost everyday kami membalas mesej, even until now, masih lagi sebegitu. Harap lepas kahwin, sayang jangan berhenti bermesej! And who knew that we both pernah tinggal di Kampung Baru dan sekolah agama bersama, but tak pernah terserempak - talking about Allah's plan. Gotta love the surprise, eh. So... after a few times kami ber-texting, diri ini merasa dia ni adalah seorang lelaki yang baik. Even though nakal mana pon dia, I know that deep inside there is a good side of him that I love. And he is actually my first love dan tanpa diselangi oleh mana-mana lelaki. Tidak pernah ada lelaki istimewa lain dalam hidup saya melainkan dia. Biarlah dia saja yang jadi pertama dan terakhir buatku. Walaupun kami tak pernah declare that we are a couple/title, but kasih sayang sesama kami sangat kuat. Dengan kasih sayang itu juga telah membawa kami ke tahap ini, alhamdulillah. 

After a few months berkawan, semua orang advised suruh cepat kahwin. Amboi korang! Kalau tak disuruh pon memang ambo nak kahwin awal juga. Nasib baik dapat restu mama dan daddy. Bila dah restu tu, kenalah cepatkan jodoh pula. Merisik/tunang bulan September, nikah pula pada bulan Disember. Mampu? Tapi lepas beberapa sesi memujuk ayah, dapatlah kata sepakat and ended up pilih bulan Mei, 2016. Walaupun rasa macam tak ready nak kahwin lagi sebab risau tak dapat jadi seorang isteri yang solehah buat dia, sebab rasa macam diri ini masih anak dara pemalas. But sayang, I will do my best for your rounded belly, okay? Sedap ke atau tidak masakan tu, you still have to eat what I cook. Kesian dia... dapat saya yang suka memasak pakai buku resipi, yang suka mandi lambat, yang suka ambil masa lama untuk bersiap, dan yang suka kentut tanpa bunyi tapi bau yang harum keluar. I love you, sayang! But seriously, dah lama pasang niyyah untuk mencari jodoh dan berkahwin, membina dan produce keluarga sendiri - katanya nak ramai anak. Hengko hingat aku kilang membuat anak?... Dan alhamdulillah, akhirnya doaku sudah berjawab. Konon dulu nak kahwin pada umur 25, lepas tu 27... but Allah is the best planner. He already decided what best for both of us. 

So, merisik dan tunang settled. Proses pencarian untuk persiapan majlis perkahwinan pula... I have a lot to share with you but better Nisa tulis pada entri seterusnya since I have written a lot already.
Image via Google

You May Also Like

1 comments

Home